Saturday, 27 September 2014

IBNU SINA

Assalamualaikum w.b.t. 

Seringkali kita diperkenalkan dengan ahli-ahli ilmuan Islam yang telah memberi impak yang besar dalam kehidupan kita hari ini. Namun demikian, kenalkah kita dengan mereka? Apabila kita diterjah dengan soalan-soalan mengenai ilmuan Islam, kadang kala kita hanya mampu menyebut nama mereka tanpa mengatahui dengan lebih dalam tentang sumbangan mereka pada kita. Ayuh, kita mengenali serba sedikit mengenai ilmuan Islam ini. 
Ibnu Sina 
Nama sebenar beliau ialah Al-Hussain bin Abdullah bin Al-hasan bin Ali bin sina. Beliau dikenali sebagai Ibnu Sina di timur dan Avicenna di barat. Beliau dilahirkan pata tahun 370 Hijrah bersamaan dengan tahun 980 Masihi di Afsyanah,Bukhara,Turkistan. Beliau berasal daripada keturunan Turki. Bapanya ialah pengusaha Kharmathain , Bukhara. Selepas bapanya meninggal pada tahun 390 hijrah dengan tahun 1000 masihi, Ibnu Sina berpindah ke Khawarizm,Jurjan, Rai dan Hamazan. Beliau pernah bertugas sebagai pakar perubatan di wilayah Rai dan penasihat agung Amir Ala Al-Daulah di Asfahan. Beliau meninggal dunia pada tahun 428 Hijrah bersamaan dengan tahun 1037 Masihi di Hamazan ketika berumur 58 tahun. 
KEPERIBADIAN IBNU SINA 
Ibnu Sina merupakan seorang yang tekun dalam mempelajari ilmu. Beliau pernah membaca buku metafizik karangan Aristotle sebanyak 40 kali. Ibnu Sina seorang yang taat beragama.beliau sering berdoa kepada Allah SWT terutama apabila beliau menghadapi kebuntuan untuk menyelesaikan masalah. Beliau sering pergi ke masjid untuk memohon petunjuk daripada Allah SWT. Seorang yang pintar. Beliau berjaya menguasai pelbagai ilmu naqliah (ilmu agama) ketika beriusia lapan belas tahun. Seorang yang berinovatif. Ibnu Sina banyak melakukan penyelidikan dan menghasilkan karya dalam pelbagai ilmu terutama dalam bidang perubatan. Ketika usiaku menginjak 18 tahun, aku telah berhasil menyelesaikan semua bidang ilmu -Ibnu Sina- 
PENDIDIKAN IBNU SINA 
Ibnu sina mempelajari ilmu Al-Quran semenjak berusia lima tahun. Beliau menghafaz Al-Quran ketika berumur sepuluh tahun. Beliau mempelajari ilmu fikah dan tasawuf daripada Ismail Al- Zahid, ilmu hisab dan prinsip-prinsip geometri daripada Muhammad Al-Masaah, ilmu falsafah daripada Abu Abdillah Al- natili, serta ilmu sains dan ilmu astronomi daripada Al-Biruni. Semasa berusia 16 tahun, beliau telah menguasai ilmu perubatan. Berkat kesungguhan yang tidak mengenal jemu, beliau muncul sebagai seorang pakar perubatan yang terkemuka. 
KETOKOHAN IBNU SINA DALAM BIDANG PERUBATAN
Kesarjanaan Ibnu Sina dalam bidang perubatan mendapat pengiktirafan dunia. Beliau pernah diberi kepercayaan untuk merawat penguasa Bukhara Nuh bin Mansur, pengusaha Jurjan Al- Amir Syams Ma` ali Qabus bin wasyamkir, pengusaha Asfahan Al-Amir Ala Al- daulah. Ibnu Sina menghasilkan banyak karya terutama dalam bidang perubatan. Contohnya Al-Qanum Fit Tib, Al-Adawiah Al-Qalbiah, dan Al-Alfiah Al- Tibbiah. Karya-karya tersebut telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa termasuk bahasa latin, Hebrew dan Inggeris. Ibnu Sina berjaya melakukan beberapa pencapaian dalam bidang perubatan 
-Penemuan penyakit baru serta puncanya. -Pengaruh kuman dalam penyakit. -Jangkitan virus seperti TB dan sebagainya. -Penyakit seperti rubella, alahan(allergy), cacar (smallpox), penyakit jiwa dan seumpamanya -Penemuan dalam bidang farmasi -Menghasilkan ubat dan preskripsi yang mujarab untuk pelbagai jenis penyakit. -Ubat bius -Mencipta benang khusus untuk menjahit luka pembedahan. -Mencipta picagari dan lain-lain 
KESAN PENINGGALAN IBNU SINA DALAM BIDANG ILMU PERUBATAN 
Penyelidikan dan penulisan ibnu sina berjaya menggilap kembali bidang perubatan yang kian malap pada masa itu. Beliau melakukan method pemerhatian (observation) dan analisis. Berdasarkan cara ini, ilmu perubatan berkembang maju hingga ke hari ini. Beliau juga banyak membuat analisis tentang pelbagai penyakit dan menyenaraikan lebih kurang 760 jenis penyakit. Serta kaedah merawatnya. Penyelidikan dan penulisan Ibnu Sina banyak mempengaruhi perkembangan ilmu perubatan moden. Pada zaman ini, hasil perkembangan sains dan teknologi telah muncul kaedah- kaedah perubatan baru menggunakan peralatan –peralatan canggih. Conthnya organ dalam badan manusia boleh dilihat hanya menggunakan x-ray atau ultra sound. Oleh itu suatu penyakit atau kecederaan dapat dikesan dan dirawat dengan lebih cepat dan berkesan. 
SUMBANGAN IBNU SINA DALAM BIDANG ILMU DAN PEMIKIRAN 
Ibnu Sina menghasilkan 116 karya dalam pelbagai bidang separti falsafah,mantic, matematik, astronomi, kimia, fizik, biologi, dan sains politik. Buku-buku tersebut telah dihimpun oleh Domonican Institute For Orental Studies di kaherah, Mesir. Kemudian pada tahun 1950 masihi ia telah diterjemahkan ke dalam bahasa arab dan dinamakan sebagai Muallafat Ibni Sina ( Karya-karya Ibnu Sina) Jasanya dihargai hingga ke hari ini. Sebuah universiti pendidikan di Hungary telah mengambil semperna nama beliau iaitu Avicenna College (Kolej Ibnu Sina) 
Ibnu Sina merupakan tokoh perubatan Islam yang terkenal dan banyak memberi sumbangan dalam bidang perubatan. Ibnu Sina banyak menghasilkan karya dalam bidang perubatan. Bukunya Al-Qanun Fit tib menjadi rujukan utama di seluruh pusat pengajian tinggi di Barat. Ibnu Sina merupakan orang yang pertama memperkenalkan method pemerhatian dan anlisis dalam bidang perubatan. Ibnu Sina juga terkenal sebagai seorang ahli falsafah dan menguasai pelbagai ilmu pengetahuan yang lain.

Saturday, 19 April 2014

PERLANTIKAN SAIDINA ABU BAKAR

Semasa Rasulullah s.a.w. sedang sakit tenat, baginda mengarahkan supaya Saidina Abu Bakar mengimamkan solat orang Islam. Selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w., sebuah majlis yang dihadiri oleh golongan Ansar dan Muhajirin ditubuhkan untuk melantik seorang khalifah bagi memimpin umat Islam. Hasil daripada perjumpaan itu, Saidina Abu Bakar dilantik dan menjadi khalifah pertama umat Islam.
Perlantikan Saidina Abu Bakar mendapat tentangan daripada beberapa orang yang ingin melantik Saidina Ali Abi Talib sebagai khalifah antaranya ialah golongan khawarij. Tentangan itu tamat selepas Saidina Ali Abi Talib membaiahkan Saidina Abu Bakar. Antara kejayaan yang diperoleh Saidina Abu Bakar ialah melancarkan kempen untuk menghapuskan golongan Riddah dan nabi palsu dalam siri Peperangan Islam-Riddah, pengumpulan Al Quran, dan berjaya menawan beberapa kawasan milik Empayar Parsi dan Byzantine.
Beliau wafat pada tahun 634.

DOA PENCARI JODOH

Saya terjumpa doa-doa berikut di dalam buku bertajuk Ikhtiar Penyembuh Penyakit oleh Tuan Guru Dato Dr Haron Din, terbitan Darussyifa’.


Bukan setakat doa-doa di atas, buku tersebut mempunyai banyak doa-doa yang mungkin bermanfaat kepada kehidupan kita seharian. Mungkin anda boleh dapatkan di pasaran sekarang.

Assalammualaikum semua, setiap orang pasti inginkan tubuh badan yang sihat dan dijauhi segala jenis penyakit. Bak kata orang "mencegah itu lebih baik daripada mengubati". Selain usaha kita mencegah, kita juga perlulah berdoa kepada Allah s.w.t. Ingat, sesuatu yang berlaku itu semuanya atas keizinan-Nya. Begitu juga dengan penyakit yang datang, semuanya atas kekuasaan-Nya.

Jadi kali ni aku nak tunjukkan pada korang semua senarai doa-doa yang boleh kita semua amalkan untuk menghindari penyakit dan mendapatkan tubuh badan yang sihat.

Jom sama-sama kita amalkan.



Doa kesihatan diri
Allaahumma ‘aafinii fii badanii, Allaahumma ‘aafinii fi sam’I, Allaahumma ‘aafinii fii bashari. 
Allaahumma innii ‘auudzubika minal kufri wal faqri. 
Allaahumma innii ‘auudzubika min ‘azaabil qabri. 
Laa ilaaha illaa anta.

Ertinya :
“Ya Allah, sembuhkanlah badanku. Ya Allah, sembuhkanlah pendengaranku. 
Ya Allah, sembuhkanlah penglihatanku. 
Ya Allah, sesungguhnya aku berllindung kepadaMu dari kekafiran dan kefakiran. 
Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari sisa kubur. Tiada Tuhan selain Engkau”
(H.R. Abu Daud dan Al Hakim)

Doa sakit badan
Bismillaah (3x)
A ‘uudzu billaahi wa qudratihi min syarri maa ajidu wa uhaadiru. 
Wa a’uudzu bi’izzatillaahi wa qudratihi min syarri maa ajidu wa uhaadiru (7x)

Ertinya :
“Dengan nama Allah, 
aku berlindung kepada Allah dan kekuasaanNya 
dari keburukan yang aku rasakan dan kutakuti. 
Dan aku berlindung dengan kekuatan kekuasaan Allah 
dari kejelekan yang aku rasakan dan kuatirkan”
(H.R. Muslim dan Malik)

Doa Nabi Ayyub A.S
Innii massaniidhdhurru wa anta arhamurraahimin, 
wa annii massaniisysyaithaanu bi nushbin wa ‘adzaabin

Ertinya :
“(Ya Allah), sesungguhnya penyakit telah menimpaku, 
sedangkan Engkau adalah Yang Maha Penyayang di antara para penyayang. 
(Ya Allah), sesungguhnya setan telah menggangguku dengan kepayahan dan siksaan”
(Q.S Al Anbiya’, 21:83 dan Shaad, 38:41)

Doa luka atau penyakit bernanah
Bismillaahi turbatu ardhina biriiqati ba’dhiinaa yasyfi saqiimunaa biidzni rabbinaa

Ertinya :
“Dengan nama Allah, 
dengan debu-debu tanah (yang kami ambil ini) dan kain pembersih luka yang kami miliki,
sembuh penyakit kami ini dengan izin Tuhan kami”
(H.R. Muslim)

Doa penyakit demam
Bismillaahil kabiir, 
na’uudzu billaahil ‘azhim min syarri kulli ‘irqin naa’arin wa min syarri harrinaar

Ertinya :
“Dengan nama Allah Yang Maha Besar, 
kami berlindung kepada Allah Yang Maha Agung 
dari kejahatan seluruh urat yang kecapaian dan dari kejahatan api neraka yang sangat panas”
(H.R. Hakim)

Doa ketika sakit bengkak
Allaahumma mushaghghiral kabiir wa mukabbirashshaghiir, maabi

Ertinya :
“Ya Allah yang mengecilkan segala yang besar dan membesarkan segala yang kecil, 
kecilkanlah apa yang ada padaku ini”
(H.R. Al Hakim)

Doa mohon diberikan kesihatan
Yaa Hayyun yaa Qayyun birahmatika istaghiitsu, 
ashlih lii sya’nii kullahu wa laa takilnii ilaa nafsi tharfata 
‘ainii wa laa ilaa ahadin minan naas

Ertinya :
“Wahai Dzat yang Maha Hidup dan Maha Kekal, 
hanya dengan kasihMu aku bermohon pertolongan. 
Sehatkanlah seluruh kondisiku, jangan Engkau biarkan mata ini menangis, 
dan jangan Engkau biarkan aku bergantung kepada siapapun”
(H.R. Ath Tabrani)

Doa setelah pembedahan
Allaahumma ighfir lanaa warhamnaa wardha 
‘annaa wataqabbal minnaa wa adkhilnaal jannata 
wa najjinaa minan naar wa ashlih lanaa sya’nanaa kullahu

Ertinya :
“Ya Allah, ampunilah kami, sayangilah kami, ridhailah kami, terimalah kami, 
dan masukkanlah kami ke dalam surgaMu. 
Selamatkan kami dari api neraka dan perbaikilah seluruh
kondisi tubuh kami”
(H.R. Abu Daud dan Ibnu Majah)

Doa meminum ubat
Bismillaahi asysyaafi, 
bismillaahi al kaafii, 
bismillaahi al mu’aafi. 
Bismillaahi alladzii 
laa yadhurru ma’asmihi syaiun fii al ardhi wa laa fii as samaai wa huwa as samii’ul ‘aliim

Ertinya :
“Dengan nama Allah Yang Maha Menyembuhkan, 
dengan nama Allah Yang Maha Mencukupi, 
dan dengan nama Allah Yang Maha Memaafkan. 
Dengan nama Allah yang tidak akan memberi mudharat sedikitpun, 
baik yang di bumi maupun yang di langit. 
Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Doa penyakit mata
Allaahumma matti’nii bi basharii waj’alhul waaritsa minnii 
wa arinii fil ‘aduwwi tsa’rii wan-shurnii ‘alaa man zhalamanii

Ertinya:
“Ya Allah, berilah aku kenyamanan dengan penglihatanku ini 
dan jadikanlah hal serupa kepada ahli warisku. 
Berikanlah pembalasan kepada orang yang memusuhiku 
dan menangkanlah aku atas orang yang berbuat zhalim”
(H.R. Al Hakim)

Doa mengatasi kemandulan
Bismillaahirrahmaanirrahiim. Rabbi laa tadzarnii fardan wa anta khairul-waaritsiin

Ertinya :
Dengan nama allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. 
Wahai Tuhanku, janganlah Engkau biarkan aku sendirian 
dan Engkau adalah sebaik-baik pewaris”
(Q.S. Al Anbiyaa’ 21:89)

PERANG BADAR

Perang Badar (Bahasa Arabغزوة بدر‎), berlaku pada 17 Ramadan tahun Kedua Hijrah (2 H) (17 Mac 624 M)[1][2] di Hijaz, di bahagian barat Semenanjung Arab (kini Arab Saudi). Ia pertempuran penting dalam zaman awal Islam dan merupakan titik perubahan dalam perjuangan Nabi Muhammad s.a.w. dengan pihak lawannya di kalangan Quraisy[3] di Makkah. Pertempuran ini telah diturunkan dalam sejarah Islam sebagai kemenangan muktamad disebabkan campur tangan Ketuhanan atau kepintaran Nabi Muhammad s.a.w. Walaupun ia salah satu daripada sedikit pertempuran yang disebut khusus dalam kitab suci Islam al-Qur'an, hampir kesemua pengetahuan semasa mengenai perang di Badar hadis dan sirah Nabi Muhammad s.a.w., ditulis berdekad selepas pertempuran tersebut.
Sebelum pertempuran tersebut, telah berlaku beberapa pertempuran kecil antara pihak Muslim dan Makkah pada lewat tahun 623 M dan awal tahun 624, oleh sebab ghazawāt Muslim menjadi lebih kerap. Walau bagaimanapun Badar merupakan pertempuran skala besar pertama antara dua pihak ini. Selepas mara ke kedudukan pertahanan, sahabat Nabi Muhammad (SAW) yang berdisiplin kuat berjaya memecahkan barisan puak Makkah dan membunuh beberapa ketua Quraisy termasuk satu daripada musuh utama Nabi Muhammad, Amru bin Hisham (Abu Jahal). Untuk Muslim awal, pertempuran ini amat penting kerana ia merupakan tanda pertama yang menggambarkan kemungkinan akhirnya mereka dapat mengalahkan musuh mereka di Makkah. Makkah pada masa itu merupakan salah satu daripada kota Jahiliyah yang paling kaya dan paling berkuasa di Semenanjung Arab, yang menghantar sepasukan tentera tiga kali lebih besar dari pihak Muslim. Kemenangan Muslim juga memberi isyarat kepada suku lain bahawa kuasa baru telah bangkit di Semenanjung Arab dan juga menguatkan kuasa Nabi Muhammad (SAW) sebagai ketua masyarakat Madinah yang sering bertelagah sebelumnya. Suku Arab tempatan mula memeluk Islam dan berpakat dengan Muslim dari Madinah dan dengan demikianlah perkembangan Islam bermula.

Friday, 18 April 2014

Tubuh Apabila DIkebumikan..

APA YG TERJADI PADA TUBUH KITA SETELAH DIKUBURKAN...?

Sesungguhnya mayat di dlm kubur akan melalui beberapa fasa perubahan..
Berikut ini adalah fasa tersebut secara ringkas sejak malam pertama di alam kubur sehingga 25 tahun berikutnya..

Malam Pertama ~
Setelah dikuburkan, pembusukan bermula pada bhgn perut & kemaluan..
Subhanallah, perut & kemaluan adalah 2 hal terpenting yg anak cucu Adam saling bergulat & menjaganya di dunia..
Setelah itu, jasad akan mula berubah menjadi hijau kehitaman..
Setelah berbagai solekan & alat2 kecantikan semasa hayat di dunia, setelah meninggal dunia, manusia hanya akan memiliki 1 warna shj..

Malam Kedua ~
Anggota2 tubuh yg lain seperti limpa, hati & paru2 akan mula membusuk..

Hari Ketiga ~
Anggota2 tubuh mula mengeluarkan bau yg busuk..

Setelah Seminggu ~
Wajah & mata mula membengkak..

Setelah 10 hari ~
Tetap terjadi pembusukan pada pada anggota2 tubuh..

Setelah 2 Minggu ~
Rambut mulai gugur..
Lalat hijau mulai mencium bau busuk dari jarak 5 km & ulat2 pun mula menutupi seluruh tubuh..

Setelah 6 Bulan ~
Semua anggota telah tiada..
Yg tinggal cuma tulang rangka shj..

Setelah 25 Tahun ~
Rangka tubuh ini akan berubah menjadi semacam biji & di dlm biji tersebut, anda akan menemukan 1 tulang yg sgt kecil yg dipanggil ‘Ajbudz Dzanab’ (tulang ekor)..
Dari tulang inilah kita akan dibangkitkan oleh ALLAH SWT pada hari kiamat..

Sahabat2 yg dirahmati ALLAH, inilah tubuh yg selama ini kita jaga..
Inilah tubuh yang kita berbuat maksiat kpd ALLAH dgn nya..
Oleh kerana itu, jgn biarkan umur & jasad kita dlm keadaan sia2..
Janji ALLAH adalah benar..

Ya ALLAH, tetapkanlah hati kami di atas agama-MU..
Ya ALLAH, jadikanlah kuburan kami sebagai 1 taman dari taman2 syurga & jangan jadikan ianya sebagai 1 lubang dari lubang2 api neraka...

Aamiin... 
Aku berdoa..
Ya اَللّهُ :
 Muliakanlah diriku dan org yang menghantar pesanan ini
 Lapangkanlah hatiku dan hatinya
 Bahagiakanlah keluargaku dan keluarganya, dan
 Luaskanlah rezekiku dan rezekinya seluas lautan yang engkau ciptakan
 Mudahkan segala urusanku dan urusannya
 Kabulkanlah cita-citaku & cita-citanya
 Jauhkan kami dari segala Penyakit, Fitnah, Prasangka Keji, Berkata Kasar, dan Mungkar
 Jauhkan kami dari segala Musibah
 Serta terimalah. semua amal ibadah ku dan amal ibadahnya, dan
 Kelak jadikanlah diriku dan diri dia sebagai penghuni Surga-MU.
آمِّيْنَ يا رَبَّ الْعَالَمِيْن

📝Kirim kepada semua orang dalam contact. Kita akan saling mendoakan antara satu sama lain, dan mudah²an doa kita dikabulkan.
 آمِيّنْ... آمِيّنْ... يَا رَ بَّ العَـــالَمِيْن

BERGEMBIRALAH

1. Bergembiralah….bahawa Allah sentiasa bersama kita, kerana apa yang telah kita usaha dan korbankan adalah semata-mata untuk mendapat keredhaan-Nya jua. Dari sini marilah kita yakini bahawa Allah akan sentiasa bersama membantu dan menolong kita. Itulah perasaan yang dialami oleh Nabi SAW, dikongsi dan diluahkan kepada sahabatnya di Gua Hira’ bila Nabi SAW mendapati Abu Bakar RA bersedih dan diselubungi ketakutan.

Nabi SAW berkata kepada Abu Bakar RA; Allah berfirman:


إِلَّا تَنصُرُوهُ فَقَدْ نَصَرَهُ اللَّهُ إِذْ أَخْرَجَهُ الَّذِينَ كَفَرُوا ثَانِيَ اثْنَيْنِ إِذْ هُمَا فِي الْغَارِ إِذْ يَقُولُ لِصَاحِبِهِ لا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا فَأَنزَلَ اللَّهُ سَكِينَتَهُ عَلَيْهِ وَأَيَّدَهُ بِجُنُودٍ لَمْ تَرَوْهَا وَجَعَلَ كَلِمَةَ الَّذِينَ كَفَرُوا السُّفْلَى وَكَلِمَةُ اللَّهِ هِيَ الْعُلْيَا وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ (التوبة 40)
“Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Mekah) mengeluarkannya (dari negerinya Mekah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: “Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita”. Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidakmelihatnya.Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

2. Bergembiralah…. Sesungguhnya telah tetaplah ganjaran pahala tersebut insha Allah kerana Allah tidak menilai kita di atas hasil gerak kerja kita, akan tetapi Dia akan menghisab kita atas apa yang kita lakukan dengan penuh ikhlas dan sabar. Firman-Nya:
إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ ( الزمر 10)
“Hanya orang-orang yang bersabarlah yang disempurnakan pahalanya tanpa batas”.
Firman-Nya lagi:
وَأَمَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ فَيُوَفِّيهِمْ أُجُورَهُمْ ، وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ الظَّالِمِينَ (آل عمران 57 )
“Dan adapun orang yang beriman dan melakukan kebajikan, maka Dia  akan memberikan pahala kepada mereka dengan sempurna. Dan Allah tidak menyukai orang zalim”.

Kita amat yakin bahawa semua ikhwah dan akhawat kita bekerja dengan ikhlas untuk mendapatkan keredhaan Allah dan membantu memenangkan kebenaran. Imam Al-Banna telah berwasiat kepada kita, katanya:
لا يغرنك أن يحسبك الناس عاملا ، ولكن همك أن يعلم الله منك صدق ذلك ، فإن الناس لن يغنوا عنك من الله شيئاً
“Jangan kalian tertipu oleh sangkaan manusia bahawa kalian adalah orang yang bekerja, tetapi matlamat kalian ialah agar Allah SWT mengetahui bahawa kalian bersikap benar dalam melaksanakan kerja tersebut.Sesungguhnya manusia tidak dapat memberi apa-apa kepada kalian selain Allah SWT”.

3.  Bergembiralah… maka Allah sekali-kali tidak akan mensia-siakan hak mereka yang ikhlas bekerja kerana neraca timbangan langit adalah lebih adil dari neraca timbangan dunia. Jika hak tersebut luput di dunia, maka ia pasti tidak akan luput di sana (padang mahsyar) di hadapan Tuhan Rabbul Jalil. Firman-Nya:
وَنَضَعُ الْمَوَازِينَ الْقِسْطَ لِيَوْمِ الْقِيَامَةِ فَلا تُظْلَمُ نَفْسٌ شَيْئًا وَإِنْ كَانَ مِثْقَالَ حَبَّةٍ مِنْ خَرْدَلٍ أَتَيْنَا بِهَا وَكَفَى بِنَا حَاسِبِينَ (الأنبياء 47)
Maksudnya: ”Dan Kami akan memasang timbangan yang tepat pada hari kiamat, maka tidak seorang pun dirugikan walau sedikit; sekalipun hanya sebesar biji sawi, pasti Kami akan mendatangkannya (pahala). Dan cukuplah Kami yang membuat perhitungan.”
4.  Bergembiralah dan jangan kalian berputus-asa… kerana Allah-lah yang menguruskan hamba-hambaNya dan Dia Maha Mengetahui lagi Maha Mengasihani. Allah SWT berfirman:
وَلَا تَيْأَسُوا مِنْ رَوْحِ اللَّهِ إِنَّهُ لَا يَيْأَسُ مِنْ رَوْحِ اللَّهِ إِلَّا الْقَوْمُ الْكَافِرُونَ (يوسف 87)
“Dan janganlah kalian berputusasa dari rahmat Allah.Sesungguhnya tidak akan berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir”.

Firman-Nya lagi:
قَالُواْ بَشَّرْنَاكَ بِالْحَقِّ فَلاَ تَكُن مِّنَ الْقَانِطِينَ ، قَالَ وَمَن يَقْنَطُ مِن رَّحْمَةِ رَبِّهِ إِلاَّ الضَّآلُّونَ (الحجر 55 – 56)
“Mereka (malaikat) berkata; Kami khabarkan berita gembira buat kamu denganbenar.Maka janganlah kamu termasuk di kalangan orang yang berputus-asa.Iaberkata; barangsiapa yang berputus-asa dari rahmat Allah ia termasuk di kalangan orang yang zalim”.

Imam Al-Banna berkata:
لا تيأسوا فليس اليأس من أخلاق المسلمين وحقائق اليوم أحلام الأمس وأحلام اليوم حقائق الغد ولازال في الوقت متسع ولازالت عناصر السلامة قوية عظيمة في نفوس شعوبكم المؤمنة رغم طغيان مظاهر الفساد والضعيف لا يظل ضعيفاً طول حياته والقوي لا تدوم قوته أبد الآبدين يقول تعالى :(وَنُرِيدُ أَن نَّمُنَّ عَلَى الَّذِينَ اسْتُضْعِفُوا فِي الْأَرْضِ وَنَجْعَلَهُمْ أَئِمَّةً وَنَجْعَلَهُمُ الْوَارِثِينَ ، وَنُمَكِّنَ لَهُمْ فِي الْأَرْضِ).
“Jangan kalian berputus asa kerana berputus asa itu bukan akhlak kaum muslimin. Hakikat hari ini adalah mimpi-mimpi semalam dan mimpi hari ini adalah hakikat yang akan berlaku esok. Masih tetap ada lagi waktu dan anasir-anasir yang baik masih utuh dan kuat dalam jiwa-jiwa bangsa para mukmin sekalipun kerosakan bermaharajalela. Yang lemah tidak akan selama-lamanya menjadi lemah sepanjang hidupnya, sebaliknya yang kuat tidak akan selama-lamanya kuat sepanjang hidupnya. Allah berfirman yang bermaksud:
“Dan Kami (Allah SWT) mahu mengurniakan (kekuatan) kepada orang-orang yang lemah di muka bumi ini dan Kami akan jadikan mereka pemimpin dan pewaris kepimpinan serta Kami akan menguatkan kekuasaan mereka di atas muka bumi ini”.

5.  Bergembiralah dan bersabarlah…. Sesungguhnya bersama kesusahan itu adanya kesenangan dan bahawa kemenangan itu mengiringi bersama kesabaran. Allah berfirman:
فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا ، إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا (الشرح 5 – 6 )
Cuba perhatikan bahawa Allah telah menyebutkan di dalam ayat di atas secara ‘bersama’ (المعية), Allah tidak menyebutnya secara ‘kemudian selepas itu’ (التبعية).Ia memberi ketenangan kepada hati kita bahawa kemenangan itu sebenarnya dekat dan bahawa kesenangan itu datang bersama kesusahan. Maka bergembiralah kalian semua dengan kemenangan yang amat dekat kerana waktu malam yang pekat hitamnya ialah sejurus sebelum masuknya waktu fajar. Allah SWT merahmati penyair yang berkata:
إذا ضاقت بك الدنيا          ففكر في:(ألم نشرح)
           فـعسر بـين يسرين           تأمَّـــــــــل فيهما تفــــــــرح .

“Apabila kamu rasa sempitnya dunia, maka fikirkanlah pada  ألم نشرح,
Maka kesusahan itu sebenarnya berada di antara dua kesenangan,
Renung-renungkanlah pada kedua-duanya itu, nescaya kamu akan rasa gembira….”

6.  Bergembiralah dan laksanakanlah dakwah ini… Kita semua adalah pembawa risalah, kita adalah lelaki-lelaki pembawa dakwah yangberkesinambungan.Medan dan bidang dakwah ini pelbagai; antaranyapolitik.Maka sebarkanlah dakwah kamu ini di kalangan manusia.Sebarkanlah kebaikan dan kelebihan dakwah ini ke segenap lapisan masyarakat.Jangan kalian terkesan dengan peristiwa-peristiwa yang mendatang ini. Sebarkanlah dakwah kalian di kalangan manusia di kampung, bandar, taman, masjid, sekolah, universiti dan kelab-kelab (persatuan). Kita adalah duah (pendakwah) kepada Allah dan kita membawa kebaikan untuk manusia. Allah SWT berfirman:
وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلا مِمَّنْ دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ * وَلا تَسْتَوِي الْحَسَنَةُ وَلا السَّيِّئَةُ ادْفَعْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ فَإِذَا الَّذِي بَيْنَكَ وَبَيْنَهُ عَدَاوَةٌ كَأَنَّهُ وَلِيٌّ حَمِيمٌ * وَمَا يُلَقَّاهَا إِلا الَّذِينَ صَبَرُوا وَمَا يُلَقَّاهَا إِلا ذُو حَظٍّ عَظِيمٍ (فصلت 33 – 35) .
Maksudnya: “Dan siapakah yang  lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebajikan dan berkata,’Sunguh, aku termasuk orang muslim (yang berserah diri)?’ (33) Dan tidaklah sama kebaikan dengan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, sehingga orang yang ada rasa permusuhan antara kamu dan dia akan seperti teman yang setia. (34) Dan (sifat-sifat yang baik itu) tidak akan dianugerahkan kecuali kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan kecuali kepada orang-orang yang mempunyai keuntungan yang besar. (35)”

7.  Bergembiralah dan hendaklah kalian mengambil perhatian di sepanjang jalan tarbiyah ini… Maka medan pembinaan dan tarbiyah sentiasa menunggu kalian kerana sebagaimana kalian mengetahui bahawa “Tarbiyah dan Takwin merupakan jalan kita menuju kekuasaan”. Maka hendaklah kalian semua mengambil berat soal-soal yang berkaitan dengan program-program tarbiyah serta pelbagai wasilahnya kerana ia adalah asas pembinaan individu dan rumah tangga. Ia juga adalah titik bermulanya ke arah pembinaan masyarakat dan daulah. Allah SWT merahmati Imam Syahid Hasan Al-Banna ketika beliau berkata:
كونوا أنفسكم تتكون بكم أمتكم
“Bentuklah jiwa-jiwa kalian, nescaya akan terbentuklah dengan kalian ummah kalian”.

Ayuh-lah wahai ikhwan yang dikasihi… marilah sama-sama kita berusaha memantapkan tarbiyah…

8.  Akhir sekali…. Yakinlah dengan Tuhan kalian, Dia-lah Allah yang sentiasa meliputi pengetahuan-Nya terhadap apa yang kalian lakukan. Sentiasalah melakukan ketaatan dan jadilah kalian semua rabbaniyyin.Kemudian yakinlah dengan jalan dakwah, kepimpinan dan manhaj kalian. Peliharalah ukhuwah kalian kerana ia adalah rahsia kekuatan dan asas kegemilangan. Kemudian teruskan bekerja dan jangan kalian berputus-asa. Tunggulah kelapangan dan kesenangan yang akan Allah kurniakan dalam masa terdekat daripada hamba-hamba-Nya yang baik. Allah berfirman:
…وَيَوْمَئِذٍ يَفْرَحُ الْمُؤْمِنُونَ ، بِنَصْرِ اللَّهِ يَنْصُرُ مَنْ يَشَاءُ وَهُوَ الْعَزِيزُ الرَّحِيمُ ، وَعْدَ اللَّهِ لَا يُخْلِفُ اللَّهُ وَعْدَهُ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُون (الروم 4 : 6 ).
Maksudnya: “…Dan pada hari (kemenangan bangsa Romawi) itu bergembiralah orang-orang yang beriman (4), kerana pertolongan Allah. Dia menolong siapa yang Dia kehendaki. Dia Maha Perkasa, Maha Penyayang. (5) (Itulah) janji Allah. Allah tidak akan menyalahi janji-Nya, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. (6)