Friday, 28 March 2014

DOA SIMPATI DAN KASIH NABI TERHADAP UMATNYA

Firman Allah SWT yang maksudnya : "Aku tidak berupaya untuk melakukan apa sahaja yang dikehendaki, tetapi terpulang kepada Mu, wahai Tuhanku" (Al Maidah : 118).

Diriwayatkan dalam satu ahadis bahawa pada satu malam,. Rasulullah s.a.w bersembahyang dengan hanya membaca satu ayat ini sahaja iaitu firman Allah yang bermaksud "...Jika sekiranya Engkau menyeksa mereka sesungguhnya mereka adalah hamba Mu, dan jika sekiranya Engkau mengampunkan mereka, sesungguhnya Engkau Maha Perkasa Lagi Maha Bijaksana." (Al-Maidah : 118).

Sepanjang malam itu Rasulullah s.a.w hanya membaca ayat ini sahaja pada setiap rakaat sembahyangnya.
Diriwayatkan Nabi saw membaca ayat tersebut sehingga pada masa rukuk dan sujudnya, mengadu kepada Allah dengan membaca ayat ini.

Ayat ini bermaksud " jika sekiranya Engkau menyeksa mereka, sesungguhnya Engkau Maha Perkasa Lagi Maha Bijaksana." (Al-Maidah : 118)

Diriwayatkan oleh Abdullah bin Amar bin Al-'As r.a bahawa Rasulullah s.a.w membaca ayat ini dan setelagh selesai sembahyang dia mengankat kedua-dua belah tangannya sambil berdoa kepada Allah dalam keadaan menangis, "Ya Allah Ya Tuhanku, umatku, umatku, umatku..."

Menyebut sepanjang doanya dengan kalimah itu mengadu kepada Allah sehingga Allah mengutuskan malaikat Jibril a.s.

Allahlah Yang Maha Mengetahui apa yang dilakukan oleh Nabi-Nya, bersimpati dengan umatnya sekaligus kasih kepada umatnya, lebih daripada ibu bapa sayang kepada anaknya.

Ibu Bapa sayang kepada anaknya hanya sekadar memberi makan dan minum serta pakaian di atas dunia ini sahaja.

Apabila mati, tidak diingat lagi. Adapun Nabi s.a.w sentiasa mengingati kepada umatnya sampai ke wafatnya dan sampai hari kiamat. Tetapi Allah lebih lagi daripada itu.

Berdoa sepanjang malam, setelah membaca ayat itu sepanjang malam, dan berdoa sambil mengadu tentang apa kesudahan umatnya, lalu Allah mengutuskan malaikat Jibril a.s.

Allah berfirman yang bermaksud, "Wahai Jibrail, pergilah berjumpa dengan Muhammad, tanyakanlah dia apakah yang menyebabkan engkau menangis wahai Muhammad.

Bagaimanapun Allah Maha Mengetahui tentang apa yang ada dalam diri Nabi s.a.w tetapi Allah tetap mengutuskan malaikat Jibrail untuk bertanyakan tentang perkara tersebut.

Rasulullah s.a.w memberitahu kepadanya bahawa baginda s.a.w mengadu kepada Allah berkenaan dengan umatnya supaya Allah menyelamatkan umatnya pada hari kiamat.

Lalu Allah berfirman yang bermaksud, "Wahai Jibrail, pergilah berjumpa dengan Muhammad dan katakan kepadanya, sesungguhnya Kami redha kepadamu dan ummatmu  dan Kami tidak akan melakukan apa-apa perkara memudaratkan umatmu."

Diriwayatkan dalam satu hadis yang lain bahawa Nabi saw bersabda yang bermaksud: "Diberitahu kepadaku bahawa seramai 70 000 di kalangan umatku masuk syurga  dengan tiada hisab dan setiap orang daripada 70 000 ini diikuti oleh 70 000 orang yang lain, masuk syurga dengan tiada hisab."

Yakni diberi syafaat oleh 70 000 orang ini disamping syafaat Nabi saw yang diberikan kepada ummatnnya. Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibu Kathir di dalam tafsirnya sebagai tambahan daripada hadis ini bahawa Allah memberi keistimewaan di mana Dia tidak akan memperlakukan keburukan kepada umat Muhammad.

Dengan syarat umat Muhammad itu mestilah menjaga dua kalimah syahadah, jangan membatalkan dua kalimah  syahadah, jangan melakukan perkara yang membatalkan Islam, mestilah mengikut ajaran Nabi saw sebagaiman yang disabdakan oleh Nabi saw yang bermaksud, "peganglah dengan gigi geraham kamu."

Yakni ajaran Rasulullah saw itu bukan sahaja dipegang dengan tangan bahkan dipegang dengan gigi geraham (dengan kuat) tidak berganjak.

Tidak undur walaupun sedikit dari ajaran Nabi saw. Jika seseoarang itu mempunyai dosa, ada harapan mendapat syafaat Rasulullah saw serta mendapat rahmat yang diberi oleh Allah kepada umat Muhammad saw.

surah an-nisa ayat 61

Firman Allah SWT. maksudnya : “Apabila dikatakan kepada mereka (org munafik) :’Marilah kamu (tunduk) kepada hukum yang Allah telah turunkan dan kepada hukum Rasul,’ nescaya kamu lihat orang-orang munafik menghalangi (manusia ) dengan sekuat-kuatnya dari (mendekati) kamu”
(Surah An Nisa ayat 61)

Hukum mati terhadap 529 ahli Ikhwanul Muslimin

"Ya Ayyuhannas, U'budullah".

Ustaz Azhar Idrus, penceramah yang dijemput menyampaikan kuliah sesi kedua dalam Kuliah Perdana, Jumaat lepas menyeru seluruh hadirin yang hadir supaya menyembah Allah taala dengan sebenar-benarnya.

azhar idrus
Hadirin yang dianggarkan sekitar 10,000 diingatkan bahawa menyembah Allah bukan sama seperti menyembah patung berhala sebagaimana yang dilakukan oleh orang-orang kafir, tetapi menyembah Allah bermaksud menyusahkan diri sedikit demi Allah.

“Siapa yang nak bertuah, kena jadi hamba dulu di dunia, sanggup bersusah kerana Allah, sanggup mati kerana Allah. Hamba Allah tiada gaji. Kerana istilah ‘hamba’ sendiri sudah bermaksud tiada gaji namun ada nafkah baginya iaitu di akhirat kelak.”

“Kalau manusia diajar dengan gaji, baca Quran satu muka dapat RM100, baca satu muka lagi dapat gaji lagi, maka manusia hanya akan membaca Quran semata-mata kerana mahukan gaji. Seolah-olah boleh kaya dengan membaca Quran. Sehingga ada yang tertidur dengan Al-Quran. Boleh jadi. Namun Allah tidak buat sebegitu, di sinilah dapat dinilai hanya orang yang kuat kecintaannya kepada Allah akan buat sesuatu samada dibayar ataupun tidak.”

Beliau mengingatkan bahawa Allah tidak mengira individu itu berkopiah atau berjanggut untuk dimasukkan ke syurga. Walaupun seseorang berpakaian jeans dan bertopi tetapi jika dia beriman dan beramal, tetap akan masuk syurga. Ini disebabkan dia memperhambakan dirinya kepada Allah.

“Sebab itu ulama’ berpesan suruh kenal Allah semenjak lahir lagi. Bayi yaang baru lahir diazankan supaya kenal Allah. Siapa kenal Allah akan cinta Allah dan takut Allah. Siapa yang takut Allah akan mendekati Allah, siapa yang takut makhluk sebaliknya akan lari.”

“Orang yang cintakan Allah banyak melabur hartanya tanpa berkira. Tanah dilabur untuk sekolah tahfiz. Kita, kalau kutip derma untuk perjuangan, bagi seringgit sahaja.  Rasulullah mendengar tapak kaki Bilal ibnu Rabbah yang miskin di syurga, ini kerana beliau diugut akan imannya dengan meletakkan batu di  atas dadanya, namun yang terkeluar dari mulut beliau adalah “Wahid!” “Wahid!”. Tidak puas dengan batu, besi panas pula ditoreh di atas belakang beliau namun Bilal bin Rabbah tetap menjawab, “Wahid!” “Wahid!”. Kekuatan iman beliau yang tidak mampu digugat sebeginilah menyebabkan Rasulullah mendengar tapak kakinya di dalam syurga.”

“Justeru, biarlah kita ini berpegang kuat dengan Islam dulu kini selamanya, jangan takutkan ugutan borang BR1M sampai tak mahu datang mendengar kuliah.”

Beliau menambah, “Bukan orang Islam sahaja diharamkan arak, judi dan babi tetapi semua orang diharamkan termasuk orang kafir. Namun di negara Islam kita tidak boleh menjatuhkan hukuman ke atas orang kafir. Walhal orang kafir pun tidak boleh makan benda-benda kotor, haram juga bukan setakat bagi orang Islam sahaja.” Ini berdasarkan firman Allah, “Wahai umat manusia”. Kamu semua (tidak kira Islam atau bukan) makanlah dari atas bumi ini yang halal dan bersih.” Maka haram kita bagi mereka makan benda yang haram.

Beliau mempersoalkan, adakah benar kita menyusahkan diri kerana Allah? Jika ya, maka tiada lagi alasan. Ada orang membeli syurga dengan amalan, ada yang mendapat syurga lantaran puasa, lantaran banyak berselawat, lantaran haji, perang dan ada juga yang masuk syurga dengan memberi minum air kepada anjing. Ini menunjukkan betapa luasnya rahmat Allah s.w.t.

“Allah menyuruh kita memandang langit. “Wa ilassamaaai kaifa rufiat.” Kenapa tidak tengok langit? Ia boleh meningkatkan takwa kita. Allah suruh kita tengok langit. Allah buat bumi, turunkan hujan pula. Semua yang di sekeliling kita ini milik Allah taala. Namun kita tidak bersyukur, kita lawan Allah, menolak hadith dan macam-macam lagi. Ada seseorang yang suruh kita ikut dia dan membuang Nabi. Dia tu sape? Kita ini masih waras, tidak ada kebaikan dan tidak ada kecintaan Allah jika kita menolak Nabi. Allah berkata kalau kamu sayang Allah maka ikutlah Nabi. Nak mendapat rahmat Allah kena ikut nabi kerana siapa yang tolak Nabi, dia akan duduk di dalam kesesatan.”

“Allah yang ciptakan semua yang ada di bumi ini. Orang kafir makan ayam, sedangkan ayam Allah yang buat. Allah cipta kaki kita yang tidak perlu ditukar seperti tayar kereta yang habis bunga apabila sampai masanya. Allah beri kita ‘sofa’ yang empuk supaya kita boleh duduk tanpa rasa sakit. Kalau punggung kita Allah jadikan seperti lutut, setiap kali duduk kita akan mengaduh.”

Beliau menegaskan, “Jangan kita bertangguh untuk hadir mendengar ilmu. Ada yang tunggu pencen baru mahu belajar fardu ain. Baru mahu belajar bab air mani sedangkan dia sudah kehabisan. Jangan sampai Allah tarik pendengaran kita, baru mahu pergi menadah ilmu. Ada orang, tunggu dua tahun lagi untuk pencen dan mahu mendengar kuliah. Apabila dia pencen, pendengaran dia sudah Allah tarik. Allah mahu tunjuk kerana dia sibuk sangat menghambakan diri kepada kerajaan manusia sampai lupa akan kerajaan Allah.

Rabiatul Adawiyah mengerjakan tahajud 300 takaat setiap malam. Imam Hanbali apabila terlalu sakit dipukul berdarah-darah atas belakang, hanya mampu mengerjakan solat tahajud 300 rakaat semalaman, atau mengikut sesetengah imam, 400 rakaat.

Rakyat wajib patuh kepada Allah, kerajaan wajib patuh kepada Allah, orang kaya wajib patuh kepada Allah. Kita semua ini duduk di bumi Allah maka wajib ikut peraturan Allah.

Apabila ditanya soalan, “Apa pandangan Dato Seri jika melaksanakan hukuman hudud di sini?” Dijawab, “Saya rasa tak berapa sesuai kalau melaksanakan di sini.” Patut kita tanya balik, “Dato Seri ini siapa yang buat? Buat sendiri ke atau Allah yang buat?” Boleh jawab begitu, tetapi jangan duduk di bumi Allah sebagaimana disebut dalam hadith qudsi, “Barangsiapa yang enggan dengan hukum Allah, tidak sabar dan tidak berterima kasih di atas nikmat yang Allah bagi, keluarlah cari negeri lain selain di bumi Allah.” Bukan kita yang halau, Allah taala yang halau, “Silalah keluar dari bawah langit Aku.” Sebenarnya boleh ke tidak kita keluar? Tak boleh. Maka laksanakanlah hukum Allah. Letakkan jawatan dan beri jawatan kepada orang lain. Semua presiden-presiden negara akan dihumban ke dalam neraka jika tidak melaksanakan hukum Allah.”

Perlu diingat, menolak Nabi sudah menjadi kafir kerana ini bermaksud menolak lafaz syahadah kadua (asyhadu anna Muhammadan Rasulullah), bahkan menolak satu huruf ba’ dalam ‘bismillah’ sudah menjadi kafir. Maka, orang yang menolak hudud juga masuk neraka selama-lamanya,” tegas beliau.

Kuliah Perdana Sesi 2
28 Februari 2014
28 Rabiulakhir
Disampaikan oleh : Ustaz Azhar Idrus

Tuesday, 25 March 2014

Ku Pandu Mu Ke Pintu Syurga

20 Mac 2014,  Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dengan kerjasama Islamic Outreach ABIM telah menganjurkan Kursus pandumu ke Pintu Syurga yang disertai oleh 70 orang peserta dari kalangan penjawat awam di sekitar Putrajaya dan Kuala Lumpur. Kursus ini bertujuan memberi pendedahan berguna serta maklumat terkini kepada peserta tentang bidang tugas selaku pemandu pelancong.Malah, secara tidak langsung ia dapat mendidik dan memberi kesedaran kepada para peserta tentang tanggungjawab menjalankan dakwah kepada masyarakat. Selain itu, ia dapat mempertingkat kemahiran dan pengetahuan untuk merancang serta mengurus berkaitan bidang tugas dan tanggungjawab sebagai pemandu pelancong (Sukarelawan Masjid).


 
Antara penceramah yang dijemput adalah YBhg. Dr. Lokman bin Abdul Rahman, Ketua Penolong Pengarah Penyelidikan JAKIM, Puan Normah Sulaiman selaku Timbalan Outreach ABIM dan Encik Syahrizal dari Islamic Tourism Centre , Kementerian Pelancongan. Para peserta bukan hanya diberi penerangan berkaitan kesan dakwah sebagai pemandu pelancong, malah turut didedahkan tentang cabaran-cabaran serta kelebihan sebagai pemandu pelancong (sukarelawan masjid). 
 
Sekalung tahniah dan setinggi penghargaan diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan kursus pada kali ini. Harapan penganjur agar lebih ramai masyarakat Malaysia yang akan menjalankan usaha dan tugas-tugas dakwah ini.
 
 
 
 
 
 

CARA MENGESAN JIN DALAM BADAN


Mungkin kita semua pernah mengalami perasaan ganjil di mana kadang-kadang kita terlihat bayangan orang di tengah malam. Suara ganjil memanggil kita ketika berseorangan. Bunyi-bunyi pelik dan seumpamanya. Hal ini berkemungkinan berlaku kerana kita tinggal bersama makhluk Allah yang lain iaitu Jin.
Tidak mengapa jika tinggal satu bumbung, tetapi bagaimana pula keadaannya jika mereka tinggal di dalam badan kita?
Mungkin kita akan mengalami banyak masalah dan penyakit misteri. Oleh itu adalah penting untuk kita mengesan adakah badan kita ditumpang oleh makhluk ini? Mari sama-sama kita mencuba..
Langkah 1
Play RUQYAH SYARIAH dan dengar sehingga tamat (20min) menggunakan headphone dengan volume yang kuat.
Langkah 2
Pejamkan mata dan hayati. Jangan ikut bacaan ayat-ayat ini di mulut.
Langkah 3
Perhatikan setelah selesai… Jika anda batuk, berpeluh-peluh, terasa mual, jantung berdegup kencang, terasa berdebar-debar, ada benda bergerak-gerak di bawah kulit, sendawa, mengantuk, pening dan menguap, maka sahlah badan anda dihuni JIN.
Berjumpalah dengan ustaz atau ahli perubatan islam yang lebih mahir untuk mengesahkannya dan berubatlah secepat mungkin sebelum ia merebak menjadi lebih teruk.
SIMPTOM AWAL GANGGUAN JIN
1) Sakit kepala selepas waktu asar ke atas.
2) Badan terasa berat dan malas.
3) Sukar mendapat jodoh.
4) Badan terasa bisa-bisa.
5) Sakit ketika ziarah orang meninggal.
6) Sukar tidur malam.
7) Sakit pinggang tanpa sebab.
8 ) Sakit dada bila waktu asar keatas.
9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
10) Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
11) Bermimpi jatuh dari tempat tinggi.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.
13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
15) Bayi kerap menangis.
16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.
17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
19) Malas beribadat.
20) Nyanyuk ketika usia lanjut.
21) Panas baran.
22) Sikap berubah secara mendadak.
23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
24) Suka melakukan tabiat buruk.
25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
26) Kerap keguguran.
27) Gagal melakukan hubungan kelamin.
28) Mengantuk bila dengar al-quran.
29) Bermimpi seram yang menakutkan.
30) Darah haid turun lebih 15 hari.
31) Batuk yang berpanjangan.
32) Selalu ditindih ketika tidur.
33) Kuat berangan.
34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
35) Nafsu seksual yang melampau.
36) Selalu melihat kelibat dirumah.
37) Terasa diri selalu diperhatikan.
38) Mandul.
39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
40) Melihat jin secara terus.
41) Sakit mental atau gila.
LA ILAHA ILLALLAH WAH DAHU LAA SYARIKALAH, LAHUL MULKU WA LAHUL HAMDU, WA HUWA ALA KULLI SYAI'IN QADIR. (tidak ada sembahan kecuali Allah, Robb satu-satunya dan tiada sekutu bagi-Nya, hanya milik-Nya-lah segala puji, dan dia adalah maha berkuasa atas segala sesuatu)
Amalkan zikir di atas 100x tiap2 pagi & petang selama sebulan, insyaAllah diri anda akan dipagar dan gangguan jin pun akan beransur hilang.

Monday, 24 March 2014

YAZID BIN MUAWIYAH

Profil Pendek

Yazid bin Muawiyah bin Abi Sufyan dilahirkan pada tanggal 23 Julai 645. Pada masa kekhalifahan ayahnya, beliau menjadi seorang pangglima yang cukup penting dan juga seorang pangglima angkatan laut. Diawal tahun 668, Khalifah Muawiyah menghantar pasukan dibawah pimpinan Yazid bin Muawiyah untuk melawan empayar Byzantin. Yazid mencapai Chalcedon dan mengambil alih bandar penting Bizantium, Amorion. Walaupun bandar tersebut direbut kembali, pasukan arab kemudian menyerang Chartago dan Sicily pada tabun 669. Pada tahun 670, pasukan Arab mencapai Cyprus dan mendirikan pertahanan disana untuk menyerang jantung Bizantium. Armada Yazid menakluki Smyrna dan bandar pesisisr lain pada tahun 672.     

Menjadi Khalifah

Khalifah Muawiyah wafat pada tanggal 6 Mei 680.  Jauh-jauh hari, sebelum wafatnya beliau menunjuk Yazid untuk menjadi Khalifah selanjutnya.  Peristiwa ini ditentang sebahagian sahabat, sehingga menimbulkan ketidak puasan.

Di Mekah, Husain bin Ali mendapat banyak surat dari penduduk Kufa yang menyatakan kesetiaannya pada beliau dan meminta beliau ke Kufah untuk dibaiat menjadi Khalifah.  Oleh kerana itu Husain bin Ali menghantar anak saudaranya, Muslim bin Uqail bin Abi Talib ke kufah dan mendapatkan baiat 30 ribu penduduk Kufah.  Muslim bin Uqail pun menyampaikan berita ini kepada Husain dan mengundangnya datang ke Kufah.

Akan tetapi ternyata hal ini tak berlangsung lama.  Begitu mendengar sikap penduduk Kufah, Khalifah Yazid marah besar.  Ia memecat gabenor Kufah, Nu'man bin Basri dan menggabungkan Kufah dengan Basrah dibawah kekuasaan Abdullab bin Ziyad dan memerintahkan menangkap Husain.

Gubernur Abdullah bin Ziyad tiba di Kufah lebih dahulu dari Husain dan dengan mudah merebut dan menduduki Kufah.  Para penduduknya berbalik membaiat kepada Yazid bin Muawiyah. Sementara Muslim bin Uqail ditangkap dan dijatuhi hukuman mati.

Agaknya keadaan ini tidak diketahui Husein.Ia tetap berangkat ke Kufah walaupun sebelumnya Abdullah bin Abbas dan Abdullah bin Zubayr mena-sehatkan agar jangan berkunjung ke sana.  Ia pergi diiringi para sahabat, saudaranya dan keluarganya.  Ketika mendekati sempadan Iraq, ia terkejut kerana tidak mencari penduduk Kufah seperti yang dijanjikan.  Apalagi setelah mendengar berita kematian tragis utusannya.  Oleh kerana itu sebahagian pengikutnya menyarankan agar kembali Ke Mekah.  Tapi Husain berkeras tetap pergi kerana yakin penduduk Kufah akan tetap berpihak padanya. Tapi ia membenarkan kepada pengikutnya untuk menentukan pilihan sendiri.  Ikut atau pulang.  Akhirnya sebahagian pengikutnya pulang ke Mekah, sehingga tinggal 31 Orang penunggang kuda dan 40 pejalan kaki yang mengiringi Husein.

Rombongan kecil itu terus melakukan perjalanan.  Di sirrah, rombongan itu bertembung dengan pasukan Alhur bin Yazid yang kaget melihat jumlah pasukan Husein yang kecil padahal menurut berita yang diterimanya berjumlah besar.  Oleh kerana itu ia mengambil posisi bertahan.  Sementara Husein masih yakin, pasukan besar dihadapannya akan berbaiat kepadanya.  Sempat terjadi perundingan, tetapi menemui jalan buntu.  Sementara itu sepucuk surat daripada gabenor Abdullah bin Ziyad yang tidak mengetahui jumlah rombongan husein, memerintahkan untuk mendesak rombongan Husein.  Pasukan kecil itu terus mundur dan terdesak sampai ke Karbalah.  Gabenor Ziyad kemudian menghantar lagi 4 ribu pasukan dibawah pimpinan Umar bin Saad bin Abi Waqash.  Dalam keterdesakannya, Husain menawarkan tiga pilihan, pertama memberikan kesempatan padanya untuk kembali ke Hejaj, kedua memberikan kesempatan untuk menemui Yazid dan ketiga, mengantarkannya ke kawasan sempadan kaum muslimin dan menetap disana dan diperlakukan sama dengan kaum muslimin lainnya.  Umar bin Saad menyampaikan hal ini kepada Gubernur Abdullah bin Ziyad.  Tapi sang gabenor murka dan menghantar mesej melalui Syammar bin Ziljausan bahawa pilihannya adalah memerangi Husein atau menyerahkan pimpinan pasukan kepada Syamar.

Pangglima Saad merasa harga dirinya jatuh bila menyerahkan pimpinan kepada Syamar Oleh kerana itu ia pun memerintahkan penyerangan.  Seluruh pengikut Husein gugur.  Hanya wanita dan anak-anak yang dibiarkan selamat.  Husein sendiri terbunuh. Kepalanya dipenggal oleh Syamar bin Ziljausan.  Peristiwa itu terjadi pada tarikh 10 Muharam 61 H / 10 Oktober 680.

Kepala Husain dan keluarganya dibawa ke Kufah., Yang kemudian dihantar ke Damsyik.  Khalifah Yazid begitu melihat kepala Husein menagis sedih dan berkata, 'Saya tak pernah memeintahan membunuhnya.  Demi Allah bila saya berada di tempat itu, saya akan memberikan ampunan padanya. '

Darah Husain yang tertumpah, melebihi darah ayahnya inilah menjadi cikal bakal pertumbuhan kaum Syiah, sehingga tarikh kematiannya, 10 Muharam, menjadi hari besar kaum Syiah.  Sejak saat itu kedudukan imam yang diwariskan turun temurun kepada keturunan Ali menjadi salah satu dogma dalam ajaran syiah yang setara dengan kenabian Nabi Muhammad.

Peristiwa Karbalah ini menggemparkan penduduk Hejaj.  Sebahagian penduduk Madinah melepaskan baiatnya kepada Yazid.  Mantan Gubernur Hejaj, Marwan bin Hakam dan penggantinya Usman bin Muhammad terpaksa melarikan diri ke Damsyik.  Abdullah bin Zubair dibaiat menjadi Khalifah.  Saat itu ia mendapat sokongan dari Hejaj, Yaman dan Arabia selatan.

Walau demikian, kerana keadaan masih kacau, Yazid bin Muawiyah tidak langsung menyerang Ibnu Zubair.  Selama tiga tahun, dengan penuh semangat Ia cuba meneruskan dasar ayahandanya dan menggaji banyak orang yang membantunya.  Ia mengukuhkan struktur pentadbiran empayar dan memperbaiki pertahanan tentera Syria, basis kekuatan Bani Umayyah.  Sistem kewangan diperbaiki.  Ia mengurangkan cukai beberapa kumpulan Kristian dan menghapuskan konsesi cukai yang ditanggung orang-orang Samara sebagai hadiah untuk pertolongan yang telah disumbangkan di hari-hari awal penaklukan Arab.  Ia juga membayar perhatian bermakna pada pertanian dan memperbaiki sistem pengairan di oasis Damsyik

Baru pada tahun 683, Yazid mengirimkan pasukan ke Hejaz dibawah pimpinan Muslim bin Uqbah al Muri dengan jumlah 30 ribu pasukan kavaleri.  Ketika tiba di Hurat, ia dihadang oleh pasukan Abdullah bin Hanzalahh, gabenor Madinah yang dilantik Abdullah bin Zubair. Pecahlah pertempuran dan pasukan Madinah kalah.  Tercatat lebih dari 10 ribu orang gugur.  Sebahagian dari kaum Ansar dan Muhajirin. Sesuai perintah Yazid, Muslim bin Uqbah membenarkan tenteranya untuk melakukan apa saja di Madinah selama tiga hari.  Setelah berjaya menakluki warga Madinah, ia kemudian melanjutkannua ke Mekah, tapi ia keburu meninggal dalam perjalanan, sehingga jabatan pangglima diambil alih Husain bin Numair sesuai wasiat Yazid bin Muawiyah.  Sesampainya di Mekah, Husain bin Numair langsung menyekat Mekah dengan ketat selama dua bulan.  Sekatan ini membuat Ibnu Zubair keteteran.  Tetapi ketika sekatan ini berlangsung, Yazid mendadak wafat sehingga pengepungan dihentikan dan diadakan gencatan senjata.  Selama pengepungan bangunan Kaabah rosak berat.  Ia akan digantikan anaknya Muawiyah bin Yazid.

Peristiwa yang Terjadi di masa kekhalifahannya

6 Mei 680, Yazid bin Muawiyah menjadi Khalifah

10 Oktober 680, Terjadi Peristiwa Karbala yang menewaskan Husein bin Ali bersama 70 pengikutnya di Padang Karbala

17 Oktober 680, Abdullah Bin Zubair dibaiat menjadi Khalifah di Hijaz. Selepas pembunuhan Husein bin Ali, ia menyatakan perang terhadap Yazid.

682, Umar Bin Abdul Aziz (682-720) dilahirkan.

682 Di Afrika Utara, Uqbah bin Nafi bergerak ke Atlantik, diserang hendap dan dibunuh di Biskra.  Pasukan Muslim mengosongkan bandar Kairouan dan mundur ke Burqa.

26 Ogos 683 Pasukan Yazid bin muawaiyah yang dipimpin Muslim bin Uqbah melancarkan serangan ke Madinah dan memenangi peperangan.  Selama tiga hari pasukannya dibiarkan berleluasa sekehendak hatinya.

29 Ogos 683.  Pasukan Muslim bin Uqbah bergerak ke Madinah, dalam perjalanannya Muslim bin Uqbah wafat, Ia digantikan Husain bin Numair,

24 September 683 Husein Bin Numair menyekat Makah yang membuat Ibnu Zubair dan pengikutnya keteteran.  Ia menghujani Masjidil Haram dengan pelontarnya.  Selama pengepungan ini Kaabah terbakar dan rata dengan tanah.  Hajar Aswad pecah menjadi tiga.
November 683 Yazid wafat, digantikan Muawiyah Bin Yazid.

Sunday, 23 March 2014

IMAM SYAFIE

BIODATA IMAM SYAFIE
Nama sebenar Imam Syafie ialah Muhammad Bin Idris Bin Abbas Bin Uthman bin Syafie Bin Saib Bin Abdu Yazid Bin Hasyim Bin Abdul Mutalib Bin Abdul Manaf.
Imam Syafie adalah berasal dari keturunan arab Quraisy. Nasabnya berkait dengan Nabi Muhammad saw.
Beliau dilahirkan di Kota Gaza Palestin pada bulan Rejab 150 Hijrah. Ada yang mengatakan pada malam beliau dilahirkan itu Imam Abu Hanifah (Imam Hanafi) meninggal dunia akibat diracun oleh Khalifah Abu Jaafar al-Mansur dari Bani Abbasiyah sewaktu Imam Hanafi berada dalam penjara. Beliau dipenjara , diseksa dan dirotan kerana tidak mahu memberikan kerjasama kepada Khalifah Bani Abbasiyah yang zalim itu dengan menolak tawaran untuk menjadi Hakim kerajaannya.
Imam Syafie menghafal Al-Quran sewaktu berumur 9 tahun.Beliau menghafal Kitab al-Muwatta’ yang ditulis oleh Imam Malik (Mazhab Maliki) selama 10 tahun. Beliau mempunyai kecerdikan dan daya ingatan yang sangat luar biasa.Dibenarkan memberikan fatwa sendiri oleh gurunya sewaktu berusia 15 tahun sewaktu mengajar di Masjidil Haram.
Sebelum melahirkan beliau, ibunya bermimpi melihat sebutir bintang keluar dari perutnya lalu naik ke langit.Lalu bintang itu pecah lalu jatuh bertaburan jatuh ke bumi.Cahaya dari bintang pecah yang jatuh itu menerangi seluruh muka bumi.Ibunya terkejut bila mengetahui suaminya juga mengalami mimpi yang sama iaitu dia melihat ada sebutir bintang yang keluar dari perut isterinya.
Imam Syafie penentang amalan bidaah. Kata beliau, semua perkara yang diadakan menyalahi Quran dan sunnah atau ijmak ulama adalah bidaah yang keji dan sesat! Manakala mana-mana perkara atau kebaikan yang tidak menyalahi sedikit pun dari kesemua itu adalah bidaah yang terpuji. Imam Syafie berpegang kepada fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti juga 3 orang Imam Mazhab lain yang terkenal seperti Imam Hanafi,Imam Maliki dan Iman Ahmad Bin Hambal (mazhab Hambali). Fahaman Ahli Sunnah Waljamaah ini dicetuskan oleh ulamak sebelum mereka iaitu Syeikh Abu Hasan Asyaari dan Syeikh Abu Mansur al-Maturidi.
Imam Syafie juga melarang Taklid, baik taklid kepada dirinya sendiri ataupun kepada sesiapa saja. Beliau selalu berpesan: “Janganlah mereka-reka dalam perkara agama mengguna-pakai taklid sahaja kepada perkataan ataupun tindakan yang tidak disertai dengan keterangan ataupun alasan dari Quran dan hadis”. Beliau juga berpesan : “Tiap-tiap perkara yang saya katakan padahal kata Rasulullah bertentangan dengan perkataan saya, Rasulullah itulah lebih utama perlu dituruti

DOA SEBELUM DAN SELEPAS TIDUR


Sunnah Nabi Muhammad S.A.W sebelum, ketika dan selepas tidur:
1.   Membaca doa sebelum tidur dan ayat kursi.
2.   Jangan tidur dalam keadaan kaki menghadap ke Qiblat. Keadaan yang demikian hanyalah untuk orang yang meninggal dunia.
3.   Membaca Tasbih Fatimah. Barang siapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati pada ketika dia tidur maka ia dikira sebagai mati syahid. Apa itu tasbih Fatimah?
  • Subahanallah 33 kali
  • Alhamdulillah 33 kali
  • Allahuakbar 33 kali
4.   Membaca  4x Surat al-Ikhlas meniupkan pada tapak tangan dan membasuh ke seluruh badan tujuannya untuk menghindarkan sihir dan perbuatan jahat manusia.
5.   Berniat untuk bangun menunaikan solat Tahajut. Sekiranya tidak terjaga dari tidur, Allah S.W.T akan mengira seolah-olah dia bertahajut sepanjang malam. Solat tahajut adalah benteng  dari pada sihir dan perbuatan jahat manusia.
6.   Mengambil wudhu sebelum tidur dan menunaikan solat sunat taubat
7.   Maafkan semua kesalahan orang lain kepada kita dan menghalalkan segala hutang piutang orang lain kepada kita
8. Tidur dengan mengamalkan posisi tidur Rasulullah yaitu memiringkan badan ke kanan dan telapak tangan di bawah pipi.
9. Membaca doa setelah bangun tidur.



Jadilah Orang Yang Cerdik

Cerdiknya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang dialam mahsyar sana. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup kembali. 

Usahlah menjadi ketakutan terhadap mati, jangan mencari pasal untuk mati, jangan lupakan mati, tapi rindukanlah kepada kematian yang husnul khatimah. Kerana, kematian adalah pintu awal terhadap pertemuankekasih terhadap kekasih. Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi kematian adalah awal cerita kepada alam mahsyar sana, maka sambutlah persiapan kearah kematian dengan penuh ketakwaan, Renungan sebelum 'mati'..lenalah dalam dakapan kasih sayang Allah...

GUNDAH BULAN TERSELAM CINTA KHALIQ

Malam ini aku biarkan minda berkeliaran. Gundah apakah yang memburu jiwaku. Aku menyusun helaian lama kenangan satu persatu kerana setiap manusia akan mahu memilih suatu masa merenung sejarah dirinya.
Sejenak aku terbayang kehidupan kecil di kampung tercinta. Di sebuah rumah papan pasti jendela terkuak pada waktu malam. Kerana kipas masih belum ada, kalau ada di kedai sekalipun mana mungkin boleh jadi milik keluarga kami yang amat sederhana.
Ruang malam hanya berlegar di rumah hingga mata sukar terlelap. Aku belajar menjadi manusia berfikir dalam sunyi berlebihan.

Bagaimana hendak kembali menikmati kehidupan kampung kerana kini kebanyakan kampung sudah dipengaruhi cara hidup orang kota. Pun begitu, masih ada suasana seperti terakam dalam gambar. Saudara-saudaraku di pendalaman seperti Dabong, Manek Urai, Mengkebang, Laloh, Batu Melintang dan banyak lagi di sebelah Kelantan mungkin menikmati suasana malam indah begini.
Sunyi berlebihan membuatkan anak gadis teringin mencuba kehidupan kota. Tanpa bekalan ilmu dan sedikitnya kebolehan menguruskan ketahanan diri - maka meningkatlah gejala kurang sihat. Anak kampung yang baik pekerti sampai ke bandar seperti wajah lain menerpa; terpinga-pinga dalam kecantikan neon.
Sunyi berlebihan, aku teringat diriku di ibu kota sekitar tahun 2000. Dari situlah aku mula mengenal sunyi. Menikmati sunyi di tengah bingit kota. Mencari sunyi hingga lahir kalimah puisi.

Saturday, 15 March 2014

JOM ISTIQAMAH

ISTIQAMAH dalam istilah syarak bererti teguh pada jalan yang benar, lurus, berpegang kepada akidah islam dan mengamalkan kepada syariatnya dengan tekun tanpa berubah.

Istiqamah dapat dicapai dengan menjaga sepuluh perkara:

1. menjaga lisan daripada menjaga aib orng lain.
2. menjauhi prasangka buruk.
3. menjauhi diri daripada menghina orang lain.
4. memejamkan mata daripada melihat benda ang haram.
5. berkata benar dalam setiap tindakan.
6. menderma sebahagian harta ke jalan ALLAH.
7. tidak terlalu berlebihan memerlanjakan harta.
8. tidak mencari ketinggian dan kebesaran untuk diri sendiri.
9. menjaga solat lima waktu.
10. teguh pendirian terhadap sunnah dan jemaah.

SELAMAT PAGI..

alhamdulillah, sekali lagi kita boleh menghirup udara pagi ini... dengan nikmat yang diberikan oleh ALLAH kepada umatnya, kit haruslah sentiasa beramal, berdoa,bersujud dan sentiasa mengabdikan diri kita kepada ALLAH. jangan sesekali kita kufur dengan nikmat yang telah ALLAH beri kepad kita. kita harus ingat bahawa ALLAH maha pemuranh lagi maha penyayang.