Tuesday, 25 March 2014

Ku Pandu Mu Ke Pintu Syurga

20 Mac 2014,  Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dengan kerjasama Islamic Outreach ABIM telah menganjurkan Kursus pandumu ke Pintu Syurga yang disertai oleh 70 orang peserta dari kalangan penjawat awam di sekitar Putrajaya dan Kuala Lumpur. Kursus ini bertujuan memberi pendedahan berguna serta maklumat terkini kepada peserta tentang bidang tugas selaku pemandu pelancong.Malah, secara tidak langsung ia dapat mendidik dan memberi kesedaran kepada para peserta tentang tanggungjawab menjalankan dakwah kepada masyarakat. Selain itu, ia dapat mempertingkat kemahiran dan pengetahuan untuk merancang serta mengurus berkaitan bidang tugas dan tanggungjawab sebagai pemandu pelancong (Sukarelawan Masjid).


 
Antara penceramah yang dijemput adalah YBhg. Dr. Lokman bin Abdul Rahman, Ketua Penolong Pengarah Penyelidikan JAKIM, Puan Normah Sulaiman selaku Timbalan Outreach ABIM dan Encik Syahrizal dari Islamic Tourism Centre , Kementerian Pelancongan. Para peserta bukan hanya diberi penerangan berkaitan kesan dakwah sebagai pemandu pelancong, malah turut didedahkan tentang cabaran-cabaran serta kelebihan sebagai pemandu pelancong (sukarelawan masjid). 
 
Sekalung tahniah dan setinggi penghargaan diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan kursus pada kali ini. Harapan penganjur agar lebih ramai masyarakat Malaysia yang akan menjalankan usaha dan tugas-tugas dakwah ini.
 
 
 
 
 
 

1 comment: